Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal karam di Falkland, 8 kru maut

    LONDON, 24 JULAI – Lapan anak kapal maut dan lima lagi hilang selepas kapal nelayan mereka mengalami cuaca buruk berhampiran Kepulauan Falkland, timur Argentina, kata pihak berkuasa Sepanyol, kelmarin.

    Pasukan penyelamat menemui lapan mayat bersama 14 yang terselamat, menurut pihak berkuasa negara di wilayah Galicia Sepanyol, yang memetik pihak berkuasa maritim Falklands. Lima orang masih hilang, kata mereka.

    Antara yang terbunuh adalah dua orang dari Galicia, kata pihak berkuasa, dengan dua yang hilang juga berasal dari rantau barat laut Sepanyol.

    Kapal itu membawa 10 penumpang Sepanyol, kata Menteri Luar, Jose Manuel Albares, sambil menambah bahawa sebahagiannya adalah saintis.

    Mereka yang diselamatkan berada dalam keadaan sihat dengan hanya ‘luka ringan’ dan dibawa ke ibu negara kepulauan Stanley untuk menjalani pemeriksaan perubatan, kata pihak berkuasa Galicia.

    Anggota kru meninggalkan kapal Argos Georgia kerana banjir yang tidak terkawal sejurus selepas jam 4 petang waktu tempatan pada Isnin dan menggunakan rakit keselamatan, kata kerajaan Kepulauan Falkland. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda