Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal karam di Itali, 30 pendatang hilang

    ROM, 6 OGOS – Sekurang-kurangnya 30 pendatang hilang selepas dua kapal karam di pulau Lampedusa, Itali, menurut keterangan mangsa yang terselamat, kata agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

    Kira-kira 28 orang dilaporkan hilang di laut oleh mangsa yang selamat dalam satu bot, manakala tiga dilaporkan hilang dari bot kedua, selepas kedua-duanya tenggelam dalam cuaca ribut kelmarin, kata Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM).

    Kedua-duanya merupakan bot besi usang yang dipercayai telah bertolak dari Sfax di Tunisia pada Khamis.

    Pengantara budaya dengan IOM percaya bahawa sekurang-kurangnya 30 orang hilang selepas bercakap dengan mangsa yang selamat, beritahu pegawai media, Flavio Di Giacomo kepada AFP.

    Siasatan ke atas bangkai kapal telah dibuka di Agrigento, di pulau Itali berdekatan Sicily. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda