Monday, February 10, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal karam ragut dua nyawa, sembilan hilang

    TOKYO, 25 JAN – Dua kru disahkan maut dan sembilan lagi hilang hari ini selepas kapal kargo mereka karam di perairan yang bergelora antara Jepun dan Korea Selatan, kata pihak berkuasa Jepun.

    Pengawal pantai dari kedua-dua negara, disertai oleh pesawat tentera dan sebuah kapal persendirian, mengesan 13 daripada 22 orang yang menaiki kapal Jin Tian, kata seorang pegawai pengawal pantai Jepun.

    Tetapi pihak berkuasa perubatan Jepun kemudian mengesahkan dua daripada mereka yang ditemui telah mati, kata pegawai itu kepada AFP.

    Identiti anak kapal berasal dari China dan Myanmar, sama ada yang sudah diselamatkan atau hilang, mahupun yang telah mati masih belum jelas. Jin Tian menghantar isyarat kecemasan lewat petang kelmarin dari kedudukan sekitar 110 kilometer ke barat Kepulauan Danjo yang terpencil dan tidak berpenghuni di barat daya Jepun. Tiga kapal persendirian berada di kawasan itu dan membantu menyelamatkan lima daripada anak kapal yang terkandas, kata pengawal pantai Jepun.

    Beberapa kapal dan pesawat dari pengawal pantai dan tentera Jepun, serta pengawal pantai Korea Selatan dan sebuah kapal persendirian, terlibat dalam operasi mencari.

    Kapten kapal menggunakan telefon satelit untuk memberitahu pegawai pengawal pantai Korea Selatan bahawa dia dan anak kapal akan meninggalkan kapal yang karam pada awal pagi tadi, kata Pengawal Pantai Jeju.

    Kemalangan tersebut berlaku ketika cuaca sejuk melanda sebahagian besar Asia, dengan suhu siang hari di beberapa pulau Jepun yang paling hampir dengan lokasi penyelamatan mencecah sekitar tiga darjah Celsius. – AFP

    Pengawal pantai Korea Selatan dan Jepun sedang mencari anak kapal sebuah kapal kargo yang karam awal kelmarin di perairan antara Korea Selatan dan Jepun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda