Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal kargo bawa 40,000 liter diesel ditahan di Sibu

    SIBU, 21 SEPT – Polis Marin Wilayah Lima menahan sebuah kapal kargo yang disyaki membawa muatan 40,000 liter minyak diesel bernilai kira-kira RM160,000 tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata kapal tersebut ditahan dalam Op Taring Pensura ketika ia sedang merapati sebuah pontun di Rantau Panjang, di sini. 

    “Turut ditahan empat kru kapal berkenaan iaitu seorang lelaki tempatan dan tiga lelaki dari Indonesia dan Myanmar berumur lingkungan 26 hingga 44 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda