Sunday, May 11, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal kargo berlanggar, penumpang cedera ringan

    MANILA, 21 MEI – Beberapa penumpang mengalami kecederaan ringan selepas feri mereka berlanggar dengan sebuah kapal kargo pada petang ini di tengah Filipina, menurut Pengawal Pantai Filipina (PCG).

    PCG berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 3 petang waktu tempatan hari ini ketika feri itu sedang belayar di sepanjang saluran Mactan dekat jambatan Mandaue-Mactan.

    PCG menambah bot laju membawa 185 penumpang itu berlepas dari Bandar Ormoc di wilayah Leyte, menuju ke Cebu, bandar kedua terbesar di Filipina.

    PCG di Cebu berkata semua penumpang dalam keadaan selamat, manakala feri mengalami kerosakan di bahagian hadapan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda