JAKARTA, 28 OGOS – Sebuah kapal kargo dan puluhan kru hilang di perairan luar pulau Maluku, Indonesia, kata pihak berkuasa hari ini.
Kapal berukuran 190 meter panjang yang membawa bijih nikel membuat perjalanan dari pulau Halmahera ke pulau Sulawesi apabila ia menghantar isyarat kecemasan sebelum putus hubungan radio minggu lalu.
Keadaan laut berombak telah menghambat usaha untuk tiba ke kawasan terpencil di kepulauan tempat kapal itu kali terakhir dikesan, menurut ketua pencari dan penyelamat tempatan, Muslimin Samaila.
“Kami tiba di sana namun tiada menemui apa-apa. Tidak ada tanda-tanda kewujudan bot dan krunya. Keberadaan mereka satu misteri,” katanya. – AFP