LONDON, 2 JUN – Kapal kargo terbesar dunia berlepas dari UK selepas lawatan pertamanya, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Kapal MSC Loreto sepanjang 400 meter mampu memuatkan 24,346 kontena standard, dan berkongsi gelaran itu dengan kapal MSC Irina.
MSC Loreto tiba di Pelabuhan Felixstowe di Suffolk, pada Selasa lalu, iaitu pelabuhan kontena terbesar dan paling sibuk di Britain.
Ia mula meninggalkan pelabuhan hanya selepas 5 pagi hari ini.
Kapal itu dikendalikan oleh Syarikat Perkapalan Mediterranean yang beribu pejabat di Switzerland, tiba di UK dari Rotterdam.
Ia memulakan pelayaran sulungnya dari China pada April. – Bernama
