Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal layar mewah UK berjaya dinaikkan untuk siasatan lanjut

    ROM, 22 JUN – Sebuah kapal layar mewah berbendera United Kingdom (UK) yang karam di perairan Sicily tahun lalu, mengorbankan tokoh teknologi UK iaitu Mike Lynch dan enam yang lain, telah mula timbul semula kelmarin, apabila pasukan penyelamat menyempurnakan operasi kompleks untuk membawanya ke darat bagi tujuan siasatan.

    Bahagian atas berwarna putih dan badan kapal berwarna biru milik Bayesian yang sepanjang 56 meter itu kini kelihatan di permukaan laut, namun belum sepenuhnya dibawa keluar dari air dan masih berada di kawasan pegangan pada kren terapung berwarna kuning.

    “Kerja mengepam keluar air laut akan diteruskan dan dijangka selesai sekitar waktu tengah hari, selepas beberapa siri proses mengangkat dan menstabilkan kapal yang memenuhi kehendak pasukan penyelamat, sebelum Bayesian dinaikkan sepenuhnya dari laut,” kata David Wilson, jurucakap TMC Maritime yang mengendalikan operasi penyelamatan tersebut.

    Pengawal pantai tempatan berkata operasi mengangkat dijangka selesai menjelang awal petang dan akan diikuti dengan beberapa ujian teknikal pada badan kapal. Hari ini, kapal itu akan dibawa ke pelabuhan Termini Imerese di Sicily, di mana ia akan disediakan untuk pasukan penyiasat bagi membantu menentukan punca kejadian karam tersebut.

    Bayesian karam pada 19 Ogos berhampiran Porticello, dekat Palermo, ketika ribut kuat melanda, sewaktu Lynch membawa rakan-rakannya berlayar bagi meraikan pembebasannya dua bulan sebelumnya, daripada pertuduhan penipuan di Amerika Syarikat. – AP

    Badan kapal layar mewah, Bayesian, yang karam berjaya diangkat menggunakan kren pada 21 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda