Wednesday, November 6, 2024
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal layar tentera laut China dibenar berlabuh di Sri Lanka

    COLOMBO, 9 OKT – Sebuah kapal layar tentera laut China dibenarkan berlabuh di Sri Lanka kelmarin tetapi kerajaan baharu Colombo berkata larangan ke atas kapal penyelidikan asing kekal berkuat kuasa.

    Menteri Luar Sri Lanka, Vijitha Herath berkata Po Lang China, sebuah kapal tinggi bertiang tiga dengan 130 kru kapal, diberi kebenaran untuk berlabuh di Colombo kerana ia adalah kapal latihan dan bukannya kapal penyelidikan.

    “Tiada perubahan dalam dasar mengenai kapal penyelidikan,” kata Herath kepada pemberita.

    Kuasa serantau India sangsi dengan kehadiran China di Lautan Hindi dan pengaruhnya di Sri Lanka dan Maldives, yang terletak secara strategik di tengah-tengah laluan utama perkapalan antarabangsa timur-barat.

    Tentera laut Colombo berkata kru China akan tinggal sehingga lusa, di mana mereka akan melawat tempat pelancongan di Sri Lanka serta menawarkan taklimat kepada kelasi Sri Lanka.

    Sri Lanka tidak memberi kebenaran untuk kapal penyelidikan Xiang Yang Hong 3 China memasuki perairannya Februari lalu, di mana kapal itu kemudiannya belayar ke Maldives yang berdekatan.

    ersinggahan kapal tentera laut China di pelabuhan negara sebelum ini telah menimbulkan bantahan daripada India sejak 2022. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda