Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal layar terbesar di dunia didedahkan

    SEBUAH kapal layar baru akan dibina dan bakal menjadi sebuah kapal layar terbesar di dunia dengan memiliki kapasiti penumpang paling ramai.

    MSC Cruises mengumumkan rancangan untuk sebuah kapal layar baru berkelas dunia – yang akan membawa sebanyak 6,850 tetamu dengan 2,760 kabin – pada satu majlis di Perancis Saint-Nazaire minggu lepas.

    Kapal seberat 200,000 tan, akan dihantar buat kali pertama pada tahun 2022, akan memiliki ruangan tambahan untuk 70 penumpang berbanding pemegang rekod semasa, Royal Caribbean’s Harmony of the Seas, yang mempunyai kapasiti sebanyak 6,780.

    Struktur bentuk ‘futuristik Y’ akan membolehkan pemandangan panorama laut menurut pengilangnya, SFX France, serta meningkatkan bahagian kabin balkoni.

    Digambarkan oleh MSC sebagai ‘kapal pelayaran paling moden dan maju dari segi teknologi di dunia, busur mereka telah direka untuk meningkatkan lagi kestabilan dan hidrodinamik.

    MSC Cruises telah mengumumkan rancangan bagi kapal-kapal Kelas Dunia yang baru, yang akan membawa sebanyak 6,850 tetamu.
    MSC Cruises telah mengumumkan rancangan bagi kapal-kapal Kelas Dunia yang baru, yang akan membawa sebanyak 6,850 tetamu.
    MSC Meraviglia yang mempunyai 1,033 kaki panjang dan 213 kaki tinggi - menelan belanja kira-kira AS$ 1 bilion (892 juta euro).
    MSC Meraviglia yang mempunyai 1,033 kaki panjang dan 213 kaki tinggi – menelan belanja kira-kira AS$ 1 bilion (892 juta euro).

    Lebih daripada 1,080 kaki panjang, inovasi tetamu yang bertumpukan kepada kapal termasuk ‘kampung’ yang mesra keluarga, dek panorama belakang, dan ruangan kolam kaca.

    Terdapat beberapa rancangan untuk empat kapal sebesar ini yang akan dihantar antara 2022 dan 2026.

    Maklumat lanjut mengenai kapal raksasa sedang dirahsiakan buat masa ini.

    Minggu lepas juga menyaksikan kapal terbaru Presiden Macron, Meraviglia – kapal persiaran terbesar di Eropah.

    MSC Meraviglia keluar dari pelabuhan di Saint-Nazaire untuk pelayaran pertamanya dengan disaksikan oleh ratusan penonton.

    Berukuran 1,033 kaki panjang dan 213 kaki tinggi bot besar – telah menelan belanja kira-kira AS$1 bilion (892 juta euro) untuk dibina – mempunyai ruang untuk 5,714 penumpang.

    MSC Meraviglia memulakan pelayarannya minggu ini termasuk ke Lisbon, Barcelona, ??Marseille dan Genoa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda