Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal migran karam, 23 hilang

    WASHINGTON, 29 SEPT – Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) sedang mengesan 23 pendatang selepas kapal mereka karam akibat dilanda Taufan Ian di pantai Florida, lapor Xinhua.

    Walter Slosar, ketua ejen Peronda Sempadan AS sektor Miami, menerusi Twitter pada Rabu memaklumkan bahawa anggotanya telah mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung insiden pendatang mendarat di Stock Island, Monroe County Florida.

    Slosar berkata empat ‘pendatang Cuba berjaya berenang ke pantai selepas kapal mereka karam akibat cuaca buruk’, dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mengesan 23 lagi individu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda