Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal nelayan China karam, 39 kru hilang

    BEIJING, 17 MEI – Seramai 39 anak hilang dalam kejadian kapal nelayan China karam di tengah Lautan Hindi, Sputnik memetik laporan Televisyen Pusat China.

    Kapal nelayan dimiliki oleh syarikat China, Penglai Jinglu Fishery Co Ltd karam pada kira-kira pukul 3 pagi tadi, menurut laporan itu.

    Terdapat 39 orang di atas kapal itu, termasuk 17 warga China, 17 warga India dan lima warga Filipina. Tiada seorang pun yang hilang ditemui, dan operasi menyelamat dan mencari sedang dijalankan, lapor penyiar itu.

    Susulan insiden itu, Presiden China, Xi Jinping mengarahkan mekanisme tindak balas kecemasan segera diaktifkan, pasukan mencari dan menyelamat tambahan dihantar, dan bantuan mencari dan menyelamat antarabangsa diselaraskan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda