Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal pengangkut China adakan latihan di Laut China Selatan

    BEIJING, 2 MEI – Kumpulan pengangkutan pesawat udara Shandong China baru-baru ini telah menjalankan latihan tahunan rutin di Laut China Selatan, kata Tentera Pembebasan Rakyat hari ini, selepas Beijing mengkritik Amerika Syarikat (AS) kerana menghantar kapal-kapal tentera laut ke kawasan strategik itu.

    Kementerian Pertahanan China minggu lalu menggesa AS untuk menghalang pasukan barisan hadapannya di udara dan lautan dekat China.

    Pesawat pengintipan dan kapal perang AS menjadi lebih aktif sekitar China sejak Presiden Biden menggalas jawatannya, katanya.

    Jurucakap Tentera Laut, Gao Xiucheng berkata dalam satu kenyataan yang latihan itu sepenuhnya sah di sisi undang-undang dan sebahagiannya melindungi kedaulatan negara, keselamatan dan kepentingan perkembangan, serta mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.

    “Kami berharap dunia luar akan memandangnya dalam cara objektif dan rasional.

    “Pada masa hadapan tentera laut China akan terus mengadakan latihan serupa seperti yang dirancang,” kata Gao.

    Shandong adalah pengangkutan pesawat udara kedua China yang digunakan selepas Liaoning, yang pada awalnya dibeli sebagai kapal bagur dari Ukraine dan sepenuhnya diubahsuai. – AP

    Gambar fail bertarikh 23 April 2019 menunjukkan pengangkutan pesawat udara Liaoning Tentera Laut PLA menyertai perarakan dekat Qingdao di Shandong. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda