Saturday, February 15, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal pengangkut pesawat AS, kapal dagang berlanggar

    ISTANBUL, 14 FEB – Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Harry S. Truman berlanggar dengan kapal dagang Besiktas-M berhampiran Mesir, lapor Anadolu Ajansi memetik pengumuman Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

    Kejadian berlaku Rabu lalu di Port Said pada kira-kira 11.46 malam waktu tempatan di Laut Mediterranean.

    US Sixth Fleet Public Affairs mengesahkan perlanggaran itu tidak menjejaskan Truman, dengan tiada laporan mengenai banjir atau kecederaan. “Sistem pendorongan kapal tidak terjejas dan berada dalam keadaan selamat serta stabil,” menurut kenyataan itu. Siasatan sedang dijalankan.

    Harry S. Truman, yang berpengkalan di Norfolk, Virginia, merupakan antara kapal perang terbesar di dunia berukuran 333 meter (m) panjang dan mampu membawa kira-kira 90 pesawat.

    Besiktas-M, kapal pengangkut pukal yang berdaftar di Panama, berukuran 188.5m panjang dan dalam pelayaran dari Port Said ke Constanta, Romania, menurut laman sesawang Marine Traffic. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda