VENICE, 2 JUN – Sebuah kapal persiaran besar hilang kawalannya ketika ia cuba berlabuh di Venice hari ini, melanggar dermaga dan sebuah bot pelancong selepas kegagalan enjinnya.
Para pelancong di kawasan tersebut kelihatan melarikan diri ketika kapal MSC Opera 13 dek, melanggar sisi dermaga, dengan enjinnya menggaum kuat sebelum melanggar bot pelancong, mengikut futej video amatur diposkan di Twitter.
Empat orang cedera ringan dalam kemalangan di Terusan Venice Giudecca, San Basilio-Zattere, menurut pihak berkuasa pelabuhan. – AFP