Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal persiaran terbesar mula pelayaran sulung

    WASHINGTON, 28 JAN – Kapal persiaran terbesar di dunia, Icon of the Seas milik Royal Caribbean International bertolak dari Miami dalam pelayaran sulungnya semalam.

    Kapal yang mengambil masa 900 hari dibina di limbungan kapal di Turku, Finland, dilaporkan lebih panjang daripada Menara Eiffel dengan 20 dek dan ruang untuk lebih daripada 5,600 penumpang (7,600 pada kapasiti maksimum) dan 2,350 anak kapal.

    Bagi memastikan tiada siapa yang bosan atau lapar, kapal yang didaftarkan di Bahamas, mempunyai tujuh kolam renang termasuk ‘tasik’ 40,000 gelen air, enam gelongsor air, karusel, yang dikatakan sebagai arena ais terbesar di laut dan lebih 40 tempat makan dan bar.

    Kapal bernilai AS$2 bilion yang pertama dalam kapal Kelas Kuantum baharu Royal Caribbean juga dipasang teknologi terkini dan mesra alam berbanding kapal persiaran yang lebih kecil.

    Kuasa kapal ini dijana oleh gas asli cecair mesra alam (LNG) walaupun sesetengah pakar mengatakan sistem ini boleh membocorkan sejumlah gas metana yang merosakkan atmosfera.

    Ia juga mempunyai sistem pirolisis dibantu gelombang mikro untuk menukar sisa kepada gas menghasilkan tenaga dan sistem osmosis songsang untuk menyediakan hampir semua air tawar yang diperlukan kapal.

    Selepas meninggalkan pangkalannya di Miami untuk pelayaran sulungnya, syarikat itu berkata penjualan tiket luar biasa yang belum pernah berlaku sebelum ini dan kapal itu akan menghabiskan seminggu di Caribbean sebelum kembali ke Miami.

    Icon of the Seas berukuran 365 meter panjang, dijangka merangkul gelaran kapal persiaran terbesar di dunia mengatasi Wonder of the Seas. – AFP

    Icon of the Seas, kapal persiaran terbesar dunia, berlabuh selepas tiba di pelabuhan Miami pada 10 Januari 2024. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda