Kapal selam AS hilang 77 tahun lalu, ditemui

BANGKOK, 17 SEPT – Para penyelam telah menemui apa yang mereka percayai adalah bangkai kapal selam milik tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang hilang 77 tahun lalu di Asia Tenggara.

Para penyelam telah menghantar gambar dan bukti lain daripada enam penyelaman lain yang mereka lakukan bermula Oktober 2019 hingga Mac tahun ini kepada Pusat Kawalan Warisan dan Sejarah Tentera Laut AS bagi pengesahan yang mereka telah menemui USS Grenadier, salah satu daripada 52 kapal selam Amerika yang hilang semasa konflik.

Kapal Grenadier seberat 1,475 tan, berukuran 307 kaki panjang itu ditenggelamkan oleh krunya sendiri selepas bom-bom dari pesawat Jepun hampir mengebom mereka.

Semua 76 kakitangannya selamat daripada pengeboman itu namun kapal itu karam, dan penderitaan mereka selepas itu berlanjutan. Selepas dijadikan sebagai banduan, mereka diseksa, didera dan dibiarkan kebuluran oleh penawan Jepun selama lebih dua tahun, dan empat tidak terkorban akibat penderitaan itu.

Bangkai kapal itu terdampar kira-kira 82 meter di dasar laut di Semenanjung Melaka, kira-kira 150km dari selatan Phuket, Thailand.

Ia ditemui oleh Jean Luc Rivoire dari Singapura, Benoit Laborie dari Perancis, Lance Horowitz dari Australia dan Ben Reymenants dari Belgium yang tinggal di Phuket, Thailand.

Reymenants merupakan salah seorang penyelam yang menyertai misi menyelamat dramatik puluhan kanak-kanak bersama jurulatih bola sepak mereka yang terperangkap di sebuah gua di utara Thailand dua tahun lalu. – AP

Imej yang diambil dari video menunjukkan sebahagian bangkai kapal yang ditemui di Selat Melaka pada 4 Mac. – AP