Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal selam di wilayah bertikai

    BEIJING, 16 Jan – Jepun hari ini berkata sebuah kapal selam tentera laut China didapati berada di perairan kepulauan berbahaya di Laut Timur China, merupakan salah sebuah jenis kapal penyerang berkuasa nuklear terbaru negara itu.

    Kenyataan Tokyo dibuat pada hari yang sama ketika China mengumumkan tiga dari “Kapal Pengawal Pantai telah menjalankan rondaan di perairan wilayah di Kepulauan Diaoyu,” nama panggilan Beijing bagi kepulauan yang dipertikaikan yang dipanggil Senkaku di Jepun.

    Jepun telah melancarkan bantahan rasmi Khamis lalu selepas tentera lautnya melihat kapal frigat kelas Jiangkai II seberat 4,000 tan dan sebuah kapal

    selam yang tidak dikenali berada di sekitar perairan kepulauan yang ditadbir Tokyo.

    Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera memberitahu wartawan semalam bahawa kapal selam tersebut telah diyakini sebagai ‘kapal selam penyerang berkuasa nuklear Kelas-Shang China’ yang menurutnya boleh dilengkapi dengan peluru berpandu berjarak jauh.

    Onodera berkata “Kapal-kapal selam berkuasa nuklear boleh belayar berjam-jam lamanya dan lebih sukar untuk dikesan kerana ia mampu menyelam jauh lebih dalam.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda