Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal selam pelancong karam di Mesir, 6 maut, 9 cedera

    KAHERAH, 27 MAC – Enam maut manakala sembilan lagi cedera selepas sebuah kapal selam pelancong karam di perairan Hurghada, destinasi pelancongan popular di Laut Merah, Mesir, menurut pegawai tempatan hari ini.

    Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 29 individu, menurut kenyataan Gabenor Laut Merah. Kapal selam itu membawa seramai 45 pelancong dari pelbagai negara ketika kejadian berlaku berhampiran kawasan pantai di sepanjang laluan pelancongan. Punca kejadian masih belum dikenal pasti.

    Pada November lalu, sebuah kapal layar pelancong turut karam di Laut Merah selepas amaran mengenai keadaan laut bergelora, mengorbankan sekurang-kurangnya empat nyawa manakala 33 individu diselamatkan. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda