Kapal selam Rusia uji peluru berpandu hipersonik

MOSCOW, 4 OKT – Rusia hari ini telah melancarkan dua peluru berpandu hipersonik, termasuk yang terdapat dalam kapal selam yang tenggelam, ujian terbaharu mengenai senjata itu yang digelar Presiden Vladimir Putih sebagai ‘tiada bandingan.’

Sejak beberapa tahun kebelakangan, Moscow telah meningkatkan pembangunan senjata dengan harapan dapat memberikannya kelebihan dalam perlumbaan senjata dengan Amerika Syarikat dalam masa ketegangan yang s emakin meningkat.

Hipersonik dapat melakukan perjalanan lebih dari lima kali kelajuan bunyi dan gerakan semasa dalam penerbangan, membuatkannya lebih sukar untuk dipintasi berbanding peluru berpandu tradisional.

Menurut tentera, mereka telah melancarkan peluru berpandu Zircon dari kapal selam nuklear Severodvinsk dan mengena sasaran di laut Barents di Artik Russia. “Ujian lancaran peluru berpandu Zircon dari kapal selam nuklear telah dianggap berjaya,” kata menteri pertahanan dalam kenyataannya. – AFP