Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kapal tangki bawa 170,000 liter diesel ditahan

    KOTA KINABALU, 17 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tangki yang disyaki membawa 170,000 liter diesel tanpa kebenaran bernilai kira-kira RM900,000 di kawasan perairan Teluk Sepanggar di sini semalam.

    Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata kapal itu yang didaftarkan di negara ini dikesan bot ronda dalam operasi khas di kedudukan 0.2 batu nautika tenggara Teluk Sepanggar kira-kira 2 petang.

    “Kapal tangki terbabit dikendalikan empat kru termasuk nakhoda, kesemuanya warga tempatan berusia 24 hingga 72 tahun. Pemeriksaan ke atas muatan menemukan sejumlah 170,000 liter minyak diesel yang tidak diisytiharkan dan tiada dokumentasi yang sah. 

    “Pemeriksaan lanjut ke atas sistem navigasi dan rekod pergerakan kapal mendapati ia sengaja dimatikan dan menimbulkan kecurigaan kepada pasukan APMM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata pemeriksaan dokumentasi turut menemukan pelbagai kesalahan lain seperti pertukaran butiran syarikat tidak dimaklumkan kepada pendaftar kapal, kapal beroperasi tanpa kru yang lengkap seperti di dalam Daftar Keselamatan Kapal. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...