JAKARTA, 30 JUN – Para penyelamat Indonesia mencari 11 orang lagi yang masih hilang selepas sebuah kapal penumpang karam di luar pantai Bali dipercayai akibat arus kuat, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang, pihak berkuasa berkata, hari ini.
Berpuluh-puluh orang diselamatkan malam tadi selepas KMP Yunicee, membawa 57 penumpang dan kru, tenggelam dekat pelabuhan Gilimanuk di penghujung barat pulau peranginan berkenaan.
Kapal berkenaan sedang dalam pelayaran melalui selat sempit dari pulau Jawa berkenaan.
Tetapi 11 orang masih hilang hari ini sementara pihak berkuasa mengesahkan bahawa mereka telah menemui tujuh mangsa korban, mengemas kini jumlah korban sebelumnya. – AFP