Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kapal Tentera Laut AS terbakar 12 jam di perairan Okinawa

    TOKYO, 21 OGOS – Sebuah kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terbakar selama hampir 12 jam di perairan Okinawa sebelum api berjaya dipadamkan awal pagi tadi, menurut Tentera Laut AS.

    Dua kelasi dilaporkan cedera ringan dalam insiden kebakaran di USS New Orleans yang berlaku kelmarin, kata armada ke-7 AS dalam kenyataan.

    “Punca kebakaran sedang disiasat…Kru New Orleans akan terus berada di atas kapal,” menurut kenyataan itu.

    Kapal pengangkut amfibia sepanjang 208.4 meter dengan berat 24,433 tan itu berlabuh di fasiliti tentera laut White Beach.

    Pengawal Pantai Jepun memaklumkan, Tentera Laut AS pada mulanya meminta bantuan Jepun, kemudian membatalkannya sebelum memperbaharuinya sekitar 7:30 malam.

    Empat kapal Jepun tersebut masing-masing daripada Pengawal Pantai, tentera laut dan kontraktor swasta, terlibat sepanjang malam dalam usaha memadamkan kebakaran, kata jurucakap Tetsuhiro Azumahiga kepada AFP.

    AS ketika ini menempatkan sekitar 54,000 anggota tenteranya di Jepun, kebanyakannya di Okinawa. – AFP

    Gambar Unsplash

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...