Saturday, February 22, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal tentera laut China dijangka adakan latihan tembakan

    SYDNEY, 21 FEB – China telah memaklumkan kepada Australia hari ini bahawa latihan tembakan secara langsung oleh kapal tentera lautnya berkemungkinan diadakan di perairan antarabangsa di luar pantai timur, kata Perdana Menteri Anthony Albanese, ketika penerbangan komersial diberitahu menjauhi kawasan itu.

    Beijing menyifatkan gerakan itu sebagai latihan yang selamat, standard dan profesional serta selaras dengan undang-undang antarabangsa.

    Jabatan pertahanan Canberra telah memantau kapal tentera laut China – kapal perang, kapal kruiser dan kapal tangki bekalan – sejak ia dikesan minggu lalu.

    Albanese berkata tentera laut itu hari ini telah memaklumkan pegawai Australia bahawa ia mungkin mula menjalankan latihan tembakan secara langsung.

    “Ia adalah aktiviti yang telah berlaku di perairan selaras dengan undang-undang antarabangsa,” kata Albanese.

    “Tiada risiko bahaya yang akan timbul kepada mana-mana aset Australia atau aset New Zealand, dan itulah sebabnya ia dimaklumkan,” tambahnya.

    Ditanya mengenai latihan hari ini, Kementerian Luar China berkata tentera negara itu telah menyusun formasi tentera laut untuk menjalankan latihan di perairan yang jauh. – AFP

    Gambar menunjukkan kapal perang Tentera Pembebasan Rakyat-Angkatan Laut Jiangkai Hengyang belayar di Selat Torres di luar pantai Australia, pada 11 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda