Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal tentera laut Malaysia karam, langgar objek dalam air

    KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 26 OGOS – Pihak berkuasa Malaysia hari ini sedang berusaha menyelamatkan sebuah kapal tentera laut penggempur berusia 45 tahun yang karam selepas ia melanggar objek bawah air yang tidak diketahui.

    Tentera laut dalam satu kenyataan berkata, kebocoran pertama kali dikesan di bilik enjin KD Pendekar kelmarin, yang dengan cepat membanjiri kapal itu.

    Anak-anak kapal gagal membaiki lubang dan kapal seberat 260 tan itu tenggelam di bawah air beberapa jam kemudian di luar pantai negeri Johor selatan, katanya.

    Kesemua 39 orang anak kapal telah dipindahkan dengan selamat, tanpa mengalami kecederaan.

    “Kebocoran itu dipercayai berpunca daripada pelanggaran objek dalam air oleh kapal itu,” katanya sambil menambah bahawa operasi menyelamat sedang dijalankan. Siasatan telah dilancarkan mengenai punca kejadian itu, menurutnya lagi.

    Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin hari ini mengarahkan pemeriksaan kapal-kapal tentera laut berusia lebih 40 tahun, yang membentuk sekurang-kurangnya satu pertiga daripada armada negara itu.– AP

    Gambar tidak bertarikh yang disediakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia menunjukkan kapal tentera laut serangan pantas, KD Pendekar. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda