Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal terkandas, 27 terkorban

    DAKAR, 7 OGOS – Dua puluh tujuh orang maut selepas enjin kapal mereka rosak, meninggalkan mereka terkandas di luar pantai Mauritania, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)hari ini.

    Agensi pelarian PBB dan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa mereka ‘amat sedih dengan kematian tragik 27 orang.’

    Sebuah bot dalam perjalanan ke Pulau Canary di Sepanyol menghadapi masalah enjin di antara utara bandar Nouadhibou dan bandar Dakhla di barat Sahara, menurut kenyataan.

    “Mereka yang berada dalam bot terkandas di laut mula mengalami dehidrasi teruk,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda