ODESSA, UKRAINE, 14 APRIL – Ukraine hari ini mendakwa telah menyerang kapal utama Rusia di Laut Hitam menggunakan misil, mencetuskan kebakaran yang Moscow katakan ‘musnah teruk’, ketika Kyiv menekan untuk memulakan semula pemindahan orang awam dari zon perang menjelang serangan besar yang dibimbangkan.
Kapal Moskva, pernah dikerahkan dalam konflik Syria, telah mengetuai usaha tentera laut Moscow untuk menyerang pantai selatan Ukraine dan kawasan sekitarnya dalam konflik hampir tujuh minggu yang mencetuskan pertuduhan genosid oleh Presiden AS, Joe Biden.
Pemindahan orang awam disambung semula hari ini dari sembilan lalu di timur dan selatan Ukraine, kata Timbalan Perdana Menteri Iryna Vereshchuk selepas lama terhenti yang Kyiv salahkan ke atas pengeboman Rusia.
“Koridor kemanusiaan di rantau Lugansk akan dijalankan di bawah syarat perhentian pembedilan oleh pasukan penyerang,” katanya.
Lebih 4.7 juta warga Ukraine telah melarikan diri dari negara mereka dalam tempoh 50 hari sejak Rusia menyerang, kata PBB.
Media kerajaan Rusia tidak membuat kenyataan mengenai sebarang serangan misil apabila memetik kementerian pertahanan sebagai berkata amunisi telah meletup di Moskva apabila kebakaran meletus dan ‘kapal itu rosak teruk’. Ia berkata kru kapal telah dipindahkan.
Kebakaran kapal itu muncul beberapa jam selepas AS mendedahkan pakej bantuan tentera berjumlah AS$800 juta yang termasuk peralatan berat khas bagi menangkis serangan darat di timur Ukraine, termasuk howitzer, pengangkutan berperisai dan helikopter. – AFP
