Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kapten Man Utd, Bruno Fernandes lanjutkan kontrak

    LONDON, 15 OGOS – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes telah menandatangani lanjutan kontrak yang akan mengekalkannya di Old Trafford sehingga penghujung Jun 2027, dengan pilihan untuk melanjutkan tempohnya sehingga 2028.

    Kontrak baharu itu adalah dorongan untuk kelab di memulakan musim baharu Liga Perdana.

    Pemain tengah Portugal berusia 29 tahun itu berpindah ke Manchester United dari Sporting Club de Portugal pada Januari 2020 dan telah menjaringkan 79 gol dalam 234 penampilan, serta memberikan 67 assist.

    Dia sebelum ini menandatangani kontrak baharu pada 2022, dan ini sepatutnya tamat pada 2026. Dia dinamakan sebagai kapten kelab mendahului Harry Maguire pada musim panas 2023.

    “Semua orang tahu semangat yang saya ada untuk Manchester United. Saya dapat melihat betapa positifnya masa depan, dan saya gembira memimpin pasukan ini ke hadapan. Saya faham tanggungjawab dan kepentingan memakai baju ini, dan tahap dedikasi dan keinginan yang diperlukan untuk mewakili kelab yang luar biasa ini,” komen pemain itu di laman web kelab. – Xinhua

    Aksi Bruno Fernandes semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Elland Road di Leeds, England pada April 2021. Kontraknya bersama Man Utd dilanjutkan. – AP

     

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    Berita Berkaitan

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Terkini

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...