Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapten Poland terlepas perlawanan pembukaan Euro 2024

    WARSAW, 11 JUN – Kapten Poland Robert Lewandowski akan terlepas perlawanan pembukaan Euro 2024 negaranya pada hujung minggu ini kerana kecederaan paha, kata doktor persekutuan bola sepak Poland hari ini.

    Lewandowski, 35, tidak akan hadir bagi menentang Belanda pada 16 Jun selepas mengalami kecederaan ketika menang 2-1 kelmarin dalam perlawanan persahabatan menentang Turkiye.

    Poland kemudian akan berdepan Austria pada 21 Jun dan pasukan kegemaran bersama kejohanan itu, Perancis, empat hari kemudian. “Kami sedang melakukan segala yang mungkin supaya Robert dapat bermain dalam perlawanan kedua menentang Austria,” kata doktor Jacek Jaroszewski dalam satu kenyataan.

    Penyerang Barcelona, ​​Lewandowski telah digantikan selepas hanya 33 minit beraksi dalam penampilan antarabangsanya yang ke-150 ketika Poland menamatkan persiapan Euro 2024 mereka dengan kemenangan.

    Selepas perlawanan itu, jurulatih Poland, Michal Probierz yakin mengenai kecederaan Lewandowski, sambil berkata beliau ‘optimis’ dan ‘tidak sepatutnya ada masalah’.

    Ketiadaan bekas pemain Borussia Dortmund dan Bayern Munich itu menambahkan lagi kebimbangan kecederaan bagi Probierz. – AFP

    Reaksi Lewandowski menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa antara Poland dan Ukraine di stadium Nasional di Warsaw, Poland, pada 7 Jun 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda