WOLVERHAMPTON, 25 JUN – Kapten Wolverhampton Wanderers, Ruben Neves telah menjadi pemain berprofil tinggi terbaru yang berpindah ke Arab Saudi selepas menyertai Al-Hilal dengan yuran perpindahan sebanyak 47 juta pound.
Bayaran itu adalah rekod untuk pasukan Liga Perdana Inggeris Wolves.
Pemain tengah Portugal berusia 26 tahun itu mengikut jejak langkah Karim Benzema dan N’Golo Kante, yang melengkapkan perpindahan percuma ke Al-Ittihad bulan ini. Cristiano Ronaldo berpindah ke Al-Nassr pada bulan Disember. – AP


