Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karamoh wira Inter Milan

    MILAN, 12 Feb – Bintang muda Perancis, Yann Karamoh menjaringkan gol kemenangan Inter Milan untuk kembali ke tangga ketiga selepas menewaskan Bologna, yang bermain sembilan orang, dengan jaringan 2-1.

    Eder membuka jaringan selepas tiga minit di San Siro tetapi bekas bintang Inter Milan, Rodrigo Palacio menyamakan kedudukan pada minit ke-28.

    Bagaimanapun Karamoh, 19, yang bermain dalam kesebelasan utama Serie A buat pertama kali, meledakkan gol kemenangan selepas minit ke-63 untuk memberikan tiga mata pertama buat skuad kendalian Luciano Spaletti sejak 3 Disember.

    Pemain remaja Inter Milan, Yann Karamoh ketika menjaringkan gol kedua dan kemenangan pasukannya dalam aksi Serie A menentang Bologna. – AP

    “Ia bukan mudah untuk mengharungi tempoh begini,” kata Spaletti, yang menyaksikan skuad kendaliannya hanya mengutip enam mata daripada lapan perlawanan terakhir.

    “Kami memulakan musim ini dengan begitu baik dan mencatat deretan keputusan memberangsangkan. Jadi harapan terhadap kami begitu tinggi.

    “Hari ini kami bermain dengan baik. Kami mendahului permainan, berlaku kecuaian ketika gol penyamaan dan badi perlawanan lampau kembali menghantui kami,” kata pengendali Inter itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda