Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karan Johar gesa kerajaan buka semula pawagam

    Pengarah filem Bollywood, Karan Johar meminta kerajaan Delhi membenarkan panggung wayang kembali beroperasi setelah pihak berkuasa mengarahkan penutupannya pada 28 Disember lalu berikutan peningkatan kes COVID-19.

    Ahli Persatuan Multiplex India (MAI) mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Menteri Delhi Manish Sisodia meminta beliau membuka semula pawagam di Delhi.

    Karan Johar juga telah membuat rayuan kepada kerajaan Delhi menerusi satu ciapan di Twitter pada 30 Disember.

    “Kami menggesa kerajaan membenarkan pawagam untuk beroperasi.

    “Pawagam dilengkapi dengan keupayaan lebih baik untuk memastikan persekitaran yang bersih sambil mengekalkan norma penjarakan sosial berbanding dengan tetapan luar rumah yang lain,” tulisnya di Twitter.

    Panggung wayang di Delhi ditutup selepas sekatan di bawah amaran kuning seperti Pelan Tindakan Tindak Balas Berperingkat (GRAP) dikenakan di India berikutan peningkatan kes COVID-19 dan Omicron.

    Tindakan itu telah menyebabkan pengarah filem menangguhkan tayangan filem mereka serta menjejaskan perniagaan pawagam untuk menjana semula pendapatan yang hilang selepas beberapa kali ditutup akibat COVID-19. – Agensi

    Karan Johar juga telah membuat rayuan kepada kerajaan Delhi menerusi satu ciapan di Twitter pada 30 Disember. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda