Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karanka pengurus baru Nottingham Forest

    LONDON, 9 Jan – Nottingham Forest melantik Aitor Karanka sebagai pengurus baru untuk kontrak dua tahun setengah, kelab Kejuaraan Inggeris itu memaklumkan semalam.

    Pengurus dari Sepanyol itu menggantikan Mark Warburton yang telah

    dipecat akhir bulan lepas dan mengendalikan juara eropah dua kali itu yang kini menduduki tangga ke-14 dalam saingan divisyen kedua.

    “Kami secara rasminya telah mencapai persetujuan dengan Aitor Karanka untuk menjadi pengurus Nottingham Forest,” kata pengerusi kelab Nicholas Randall.

    “Dia calon yang sesuai dan mempunyai visi yang jelas untuk masa depan kelab.”

    Aitor Karanka memberi arahan kepada pemainnya ketika mengendalikan Middlesbrough. Semalam, Nottingham Forest melantik Karanka sebagai pengurus baru juara Eropah dua kali itu. – AFP

    Pengurus akademi Gary Brazil mengendalikan secara sementara di mana Nottingham Forest berjaya menewaskan Arsenal 4-2 dalam pusingan ketiga Piala FA.

    “Saya ingin berterima kasih kepada Gary Brazil, staf dan pemain kerana tahap profesionalisme dan kesetiaan yang ditunjukan beberapa hari ini,” kata Randall.

    “Secara khususnya, persembahan menentang Arsenal merupakan aksi yang menakjubkan dan menunjukkan potensi yang terdapat dalam kelab hebat ini.”

    Karanka, yang bertugas di bawah Jose Mourinho di Real Madrid sebelum ini, tidak bertugas sejak dipecat oleh Middlesbrough pada Mac lalu di mana kelab itu tersingkir dari Liga Perdana Inggeris.

    Pengurus berusia 44 tahun itu membantu Boro beraksi dalam peringkat tertinggi semasa mengendalikan lebih kurang tiga tahun setengah dan ia menarik minat pemilik Forest dari Greece Evangelos Marinakis.

    Forest kini ketinggalan 11 mata dari kedudukan play-off dan perlawanan pertama Karanka di tempat sendiri menentang Aston Villa pada Sabtu ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda