Karaset menang Piala Kremlin

MOSCOW, 25 OKT – Pemain tuan rumah, Aslan Karatsev menumpaskan Marin Cilic untuk meneruskan musim cemerlangnya dengan memenangi perlawanan akhir Piala Kremlin di Moscow kelmarin, manakala Anett Kontaveit dari Estonia merangkul kejuaraan wanita.

Pilihan kedua, Karatsev meraih kemenangan 6-2, 6-4.

Ia merupakan gelaran ATP kedua bagi pemain Rusia itu dalam tahun kejayaan yang turut menyaksikan dia mara ke separuh akhir Terbuka Australia sebagai pemain kelayakan.

“Ia adalah impian yang menjadi kenyataan,” kata Karatsev. “Ia merupakan kejohanan di mana saya pernah bermain dalam peringkat kelayakan dan kini saya memenangi kejoha-nan tersebut. Terima kasih atas sokongan awda semua.”

Kemenangan pemain berusia 28 tahun itu juga menghidupkan harapan tipisnya untuk mara ke pusingan akhir ATP di Turin. Perjalanan Cilic menuju peringkat akhir meneruskan kemunculannya baru-baru ini selepas memenangi gelaran pertama-nya sejak 2018 di Stuttgart pada bulan Jun.

Tetapi pemain Croatia itu, juara Terbuka AS 2014, bukan tandingan bagi Karatsev yang memenangi piala tanpa kalah satu set. – AFP

Reaksi pemain tenis Rusia, Aslan Karatsev meraikan kemenangannya dengan piala dalam perlawanan perseorangan menentang pemain tenis Croatia, Marin Cilic pada kejohanan piala VTB Kremlin di Moscow kelmarin. – AFP