Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kare Medical Clinic dibuka di Kiarong

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Kare Medical Clinic yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan peribadi berkualiti tinggi bagi pemeriksaan kesihatan komprehensif, ujian klinikal dan pemeriksaan kecergasan perubatan, telah dibuka rasmi di Kiarong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengiran Irwan bin Pengiran Salleh Ab-Rahaman yang turut berkesudian menyempurnakan pemotongan reben menandakan pembukaan secara rasmi klinik perubatan tersebut bersama-sama Dr Haji Munir bin Dato Haji Metassan dan Dr Hajah Zawatil Amal binti Haji Mat Don yang merupakan doktor di klinik perubatan berkenaan.

    Menurut kenyataan yang diberikan, Dr Hajah Zawatil dan Dr Haji Munir mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam penjagaan kesihatan primer dan mereka mempunyai pengiktirafan sebagai family physician.

    Di samping itu, Dr Haji Munir juga merupakan certified AME approved examiner yang dapat mengendalikan pemeriksaan kecergasan perubatan luar pantai.

    Dalam masa yang terdekat, Kare Medical Clinic akan turut memberikan perkhidmatan kepakaran dalam terapeutik seperti dermatologi, radiografi, pediatrik, ortopedik, obstetrik dan ginekologi.

    Pengiran Irwan memotong reben perasmian bersama Dr Haji Munir dan Dr Hajah Zawatil Amal.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda