Kareena dedah sebab Saif Ali Khan tak suka paparazi

Gambar pelakon Kareena Kapoor bersama dua orang anaknya iaitu Taimur Ali Khan dan Jehangir Ali Khan kerap diambil oleh paparazi.

Malah kedua-dua anak lelaki Kareena dan suaminya iaitu aktor Saif Ali Khan itu juga mempunyai peminat tersendiri yang mengikuti perkemba-ngan mereka.

Namun apa yang menarik perhatian warganet apabila kebanyakan gambar yang diambil paparazi hanya memaparkan Kareena dan anak-anak tanpa suaminya.

Memetik laporan Hindustand Times, Kareena mendedahkan suaminya itu sememangnya tidak gemar gambarnya diambil oleh jurugambar bebas.

“Kini awda tahu mengapa Saif tidak suka bergambar untuk paparazi,” tulis Kareena secara seloroh. – Agensi

Kareena mendedahkan suaminya itu sememangnya tidak gemar gambarnya diambil oleh jurugambar bebas. – Agensi