Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Kareena Kapoor kongsi gambar sambutan perayaan Holi

Aktres jelita bollywood, Kareena Kapoor telah berkongsi beberapa gambar ketika menyambut perayaan Holi di rumahnya, baru-baru ini.

Dia meraikan bersama anak-anak lelakinya, Taimur dan Jehangir dan mereka dilihat begitu berseronok.

Kareena juga menyebut suaminya, Saif Ali Khan yang tidak dapat bersama mereka untuk meraikan perayaan ini.

Gambar pertama menunjukkan Kareena memeluk Taimur dan Jehangir untuk bergambar.

Ketiga-tiganya kelihatan basah kuyup dengan anggota tubuh mereka bersalut serbuk warna-warni ketika bermain Holi.

Taimur atau nama sebenarnya Taimur Ali Khan Pataudi kini berusia 7 tahun, merupakan anak pertama bagi Kareena dan Saif.

Manakala Jehangir anak kedua kini berusia 2 tahun. Walau bagaimanapun, Saif sudah mempunyai dua anak, lelaki dan perempuan daripada perkahwinan terdahulu dengan pelakon Bollywood, Amrita Singh.

Pasangan itu adalah daripada keluarga berpengaruh di Bollywood itu. Ibu Saif Ali Khan, Sharmila Tagore pula adalah pelakon terkenal era 70an dan 80an, manakala bapanya, Mansur Ali Khan Pataudi adalah bekas kapten pasukan kriket India.

Sementara itu, kakak kepada Kareena iaitu Karisma Kapoor turut berkongsi gambar-gambar yang menyeronokkan daripada sambutan Holi di rumahnya.

Dia berkongsi beberapa gambar sebelum dan selepas semasa bermain dengan serbuk warna dan menulis, “Bagaimana ia bermula dan bagaimana ia berlaku.” – Agensi

Kareena Kapoor bersama anak-anaknya semasa menyambut perayaan Holi di rumahnya. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -