ANKARA, 31 JULAI – Seorang jurucakap untuk presiden Turkiye berkata timbulnya ‘kemungkinan besar’ kapal pertama yang membawa bijirin Ukraine akan bertolak dari pelabuhan Ukraine Odessa esok.
Ia berlaku meskipun peluru berpandu Rusia terus menyerang bandar susulan perjanjian pada 22 Julai mengenai hantaran bijirin di antara Rusia, Turkiye, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Ukraine.
“Kemungkinan besar kapal pertama akan bertolak pada pagi esok sekiranya segala-galanya sudah selesai petang ini,” kata Ibrahim Kalin dalam temu bual dengan televisyen Kanal 7 hari ini. Namun Kalin berkata masih terdapat ‘satu atau dua perkara yang perlu diselesaikan dalam rundingan dengan pihak Rusia’.
“Persediaan telah mencapai tahap yang membenarkan kapal bertolak dari pelabuhan Odessa.
Kapal berkenaan telah dimuat dengan bijirin dan bersedia untuk meninggalkan pelabuhan, namun kami memerlukan penyelarasan logistik yang lancar.”
Penyambungan eksport juga dibincangkan dalam rundingan di antara menteri-menteri pertahanan Turkiye dan UKraine, menurut Ankara hari ini.
“Ia dirancang memulakan hantaran secepat mungkin,” kata kementerian Turkiye dalam satu kenyataan.
Pusat Penyelarasan Bersama, ditugaskan mengawal eksport bijirin Ukraine menerusi Laut Hitam, dirasmikan pada Rabu di Istanbul sejajar dengan perjanjian. Perjanjian untuk membatalkan sekatan – teks signifikan pertama yang membabitkan kedua-dua pihak sejak konflik bermula – bertujuan menyelesaikan krisis makanan global yang melihat harga naik di beberapa negara paling miskin di dunia. – AFP