Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kari Kambing menyelerakan

    Oleh Afiq Zainuddin – 

    Kambing masak kari sejenis masakan yang menggunakan daging kambing sebagai bahan utama, dimasak dengan rempah kari dan bahan-bahan lain untuk menghasilkan hidangan enak, dengan rasa enak.

    Apa yang menarik tentang kari ini rasanya menjadi lebih sedap jika dipanaskan keesokan harinya.

    Hidangan ini biasanya menjadi pilihan yang popular dalam masakan Melayu dan sebagainya, dan ia sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan untuk majlis istimewa atau hidangan harian. Berikut adalah bahan-bahan dan langkah-langkah asas untuk membuat kambing masak kari.

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak daging masak kari adalah seperti, 500 gram daging kambing yang dipotong kecil, dua biji bawang besar dan tiga ulas bawang putih yang dicincang halus, halia, dua biji tomato yang dipotong seperti dadu.

    Dua hingga tiga sudu besar serbuk kari kambing atau mengikut cita rasa awda, satu sudu kecil serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa, santan atau boleh diganti dengan susu atau air jika mahu, minyak masak, 10 helai daun kari, dua biji cili hijau yang dihiris dan dua biji kentang yang dipotong seperti dadu.

    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva
    Gambar Canva

    CARA PENYEDIAAN

    Cara penyediannya pula, mula-mula basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan. Setelah itu masukkan air anggaran separuh tenggelam daging, rebus sehingga lembut.

    Jika gunakan kaedah rebus dalam periuk biasa, ia perlu dimasak lebih kurang dua hingga tiga jam. Jika gunakan pressure cooker anggaran masa adalah 30 hingga 45 minit.

    Setelah itu panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi dan kekuningan. Selepas itu masukkan serbuk kari dan kunyit, kacau hingga rata dan masak sehingga rempah menjadi wangi dan sedikit garing.

    Setelah itu tambahkan daging kambing ke dalam kuali, kacau sehingga daging kambing bertukar warna dan rempah sebati dengan daging.

    Kemudian masukkan tomato dan kacau hingga tomato hancur, biarkan daging kambing masak seketika hingga tomato kering sedikit. Selepas itu tuangkan santan atau air susu ke dalam kuali. Kacau hingga rata dan biarkan mendidih.

    Setelah itu tambahkan garam dan gula mengikut cita rasa awda. Biarkan kari mendidih pada api sederhana hingga daging kambing menjadi empuk dan kuahnya pekat. Kemudian masukkan daun kari dan cili hijau.

    Kacau hingga rata dan masak seketika. Selepas itu periksa rasa dan sesuaikan jika perlu.

    Angkat dan hidangkan dengan nasi putih, roti naan atau roti paratha dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.

    Bahan-bahan:

    • Daging kambing: 500 gram, dipotong kecil
    • Bawang besar: 2 biji, dicincang halus
    • Bawang putih: 3 ulas, dicincang halus
    • Halia: 1 inci, dicincang halus
    • Tomato: 2 biji, dicincang atau dipotong dadu
    • Serbuk kari kambing: 2-3 sudu besar (atau mengikut citarasa)
    • Serbuk kunyit: 1 sudu kecil
    • Garam: Secukup rasa
    • Gula: Secukup rasa
    • Santan: 1 cawan (boleh diganti dengan susu atau air jika mahu)
    • Minyak masak: 2-3 sudu besar
    • Daun kari: 10 helai
    • Cili hijau: 2 biji, dihiris (pilihan)

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan walnut semula jadi terbesar dunia berdepan ancaman kepupusan

    ARSLANBAP, KYRGYZSTAN - Mengharungi daun keemasan yang gugur, penduduk...

    Kek Sarang Semut: Resipi warisan sepanjang generasi

    Oleh Hajib Sarhan - Kek Sarang Semut atau kek gula...

    Ibu dan anak maut keracunan, hotel dikosongkan

    ISTANBUL, 16 NOV – Sebuah hotel di Istanbul yang...

    Bukan sekadar sahabat: Jejak karbon haiwan peliharaan pengaruhi alam sekitar

    AMERIKA SYARIKAT - Keseluruhan idea ‘haiwan peliharaan ialah ahli...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...