Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karier gemilang Modric di Real berakhir

    BARCELONA, 10 JULAI – Karier gemilang Luka Modric bersama Real Madrid berakhir selepas kekalahan besar kepada Paris Saint-Germain di New Jersey. Namun, dalam tahun-tahun akan datang, perlawanan itu pasti akan dilupakan – sementara legasi pemain tengah maestro itu akan terus dikenang.

    Pemain berusia 39 tahun itu membuat penampilan terakhirnya bersama kelab sebagai pemain gantian dalam kekalahan 4-0 di separuh akhir Piala Dunia Kelab kelmarin, namun meninggalkan warisan penuh kenangan indah sepanjang bersama gergasi Sepanyol itu.

    Modric telah mengesahkan pada Mei lalu bahawa beliau akan meninggalkan Real Madrid selepas kejohanan di Amerika Syarikat, dan dijangka akan menyertai AC Milan musim depan.

    Modric bakal mencecah usia 40 tahun pada September ini namun masih menyimpan harapan untuk beraksi bersama Croatia di Piala Dunia 2026. Apa yang diperlukan kini hanyalah sesi permainan tetap, selepas kurang diturunkan di bawah bekas jurulatih Carlo Ancelotti musim lalu.

    Pemain veteran itu memenangi 28 trofi sepanjang 13 tahun di ibu kota Sepanyol – satu rekod kelab – dan memikat hati peminat semua pasukan di seluruh Sepanyol dengan aksi konsisten yang memukau.

    “Ia bukan penamat yang diimpikan, memang pahit, tetapi dia tidak akan dikenang kerana perlawanan ini, sebaliknya untuk aksi-aksi hebat yang lain,” ujar jurulatih baharu Real Madrid, Xabi Alonso, selepas kekalahan kepada PSG.

    “Dia adalah legenda bola sepak dunia dan juga Real Madrid.” – AFP

    Luka Modric ketika beraksi buat kali terakhir untuk Real Madrid dalam perlawanan menentang PSG. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda