Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karisma Kapoor kenang pertemuan dengan Maradona

    Karisma Kapoor meluahkan rasa sedih setelah pemain bola sepak Diego Maradona meninggal dunia pada 25 November lalu.

    Melalui muat naik Instagram, Karisma Kapoor memuat naik foto sambil berdampingan dengan Maradona.

    Dalam muat naik Instagram Karisma, dia pernah menemui legenda bola sepak ketika mereka terlibat dalam sebuah perniagaan. Dalam foto yang dikongsi, mereka mengambil gambar swafoto sambil tersenyum dan sempat berbual antara satu sama lain.

    “Rasa bangga bertemu dengan legenda ini. Beristirahatlah dengan tenang #DiegoMaradona, “tulis Karisma seperti dipetik dari Instagram @therealkarismakapoor pada hari Khamis, 26 November 2020.

    Bukan hanya itu, Karisma juga memuat naik Instagram Stories dengan foto yang sama dan menambahkan emoji tangan berdoa. Sebenarnya Karisma bertemu dengan Maradona pada tahun 2015.

    Maradona membuka perniagaan kedai barang kemas Boby & Maradona Gold Diamond di Nu Sentral, Kuala Lumpur. Pelancaran kedai juga dihadiri oleh Karisma Kapoor dan Maradona yang membuat peminat teruja ketika itu. Momen ini seolah-olah tidak dapat dilupakan bagi Karisma dan dia merasa bertuah dapat bertemu dengan legenda itu. – Agensi

    Karisma Kapoor meluahkan rasa sedihnya di Instagram berikutan khabar pemergian Diego Maradona. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda