BERLIN, 30 Mei – Kakitangan kejurulatihan Jerman telah menghantar mesej sokongan kepada penjaga gawang Liverpool Loris Karius selepas melakukan kesilapan di final Liga Juara-juara dan tewas di tangan Real Madrid, menurut jurulatih penjaga gawang Andreas Koepke semalam.
“Kami cuba membantunya untuk bangkit dan menghantar pesanan kepadanya untuk terus berasa yakin kepada diri sendiri,” kata Koepke, yang juga bekas pemain antarabangsa Jerman.
Ketua jurulatih Joachim Loew, pengurus pasukan Oliver Bierhoff dan Koepke, kini berada di utara Itali bagi kem latihan untuk persiapan ke Piala Dunia, telah menghantar mesej itu kepada Karius berikutan perlawanan final di Kiev pada Ahad lalu.
Koeple, juara piala dunia dan Eropah bersama Jerman pada 1990-an, menyelar sesetengah kritikan melampau ke atas Karius, 24, berikutan dua kesilapan yang dilakukannya dengan menyaksikan kemenangan Real Madrid 3-1 ke atas Liverpool. – AFP
