Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karnival Bengaluru dipenuhi penggemar seni

    BENGALURU – Dianggarkan sekitar beribu-ribu peminat seni dari bandar raya itu memenuhi setiap ruang karnival ‘Chitra Santhe’, iaitu sebuah pesta seni jalanan baru-baru ini yang mempamerkan pelbagai jenis karya seni yang telah dihasilkan oleh beratus-ratus artis dari seluruh negara itu.

    Karnival edisi ke-15 itu dianjurkan di kawasan Karnataka Chitrakala Parishath dan telah menjadi satu platform bagi para seniman, amatur, profesional dan penggemar seni untuk meletakkan seni mereka di jalan-jalan di sekitar Karnataka Chitrakala Parishath bagi membolehkan orang ramai untuk menyaksikannya, membeli dan mendedahkan lagi tentang pelbagai bentuk seni yang menakjubkan.

    “Pada tahun ini, kami mempunyai ramai penyertaan dan yang terbesar sekali, dengan sekitar 1,500 artis seni telah ikut serta dalam karnival seni itu iaitu sekitar 25 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas di mana sekitar 1,200 artis seni ikut serta dalam karnival itu.

    Kami percaya akan lebih banyak peminat seni membanjiri kawasan ini untuk menyaksikan, membeli dan meneroka kepelbagaian seni di kawasan ini,” kata Setiausaha Agung Parishath, M.J Kamalakshi kepada media IANS baru-baru ini.

    Sekitar jalan Karnataka dipenuhi dengan kanvas berwarna-warni dan seni abstrak, lukisan dan karikatur tradisional. Dianggarkan 800 artis seni dari Karnataka, 700 dari Odisha, Andhra Pradesh, Bengal Barat dan Bihar telah menjadikan karnival ini sebagai syurga seni.

    Dianggarkan 800 artis seni dari Karnataka, 700 dari Odisha, Andhra Pradesh, Bengal Barat dan Bihar telah menjadikan karnival ini sebagai syurga seni.

    Kebanyakan karya seni dijual dengan harga serendah Rs100.

    “Idea karnival ini adalah untuk memberi ruang kepada setiap jenis artis sama ada ia dihasilkan oleh artis kaya, miskin atau tidak berpengalaman. Artis-artis seni yang tidak mendapat peluang untuk membentangkan karya mereka dengan dunia melalui pameran seni akan mencari peluang dengan karnival ini dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya,” tambah M.J Kamalakshi lagi kepada media.

    Ruang untuk mempamerkan seni

    “Karnival pada tahun ini juga akan memberikan tumpuan kepada menyediakan ruang untuk para artis kelainan upaya, buta dan juga pekak yang merasa sukar untuk mempamerkan karya seni mereka. Disebabkan oleh kekangan ruang, kami terpaksa menerima hanya 1,500 aplikasi daripada 4,000 permohonan yang kami terima dari seluruh negara,” tambah M.J Kamalakshi lagi kepada media.

    Disebabkan oleh jumlah pengunjung yang banyak, pihak polis bandar telah menyekat kemasukan lalu lintas ke kawasan itu, menjadikan ruang untuk orang ramai berjalan kaki dan melihat karya seni yang dipamerkan itu menjadi senang dan selesa. Para pelajar seni, pendidik dan seniman profesional dari bandar-bandar lain merupakan sebahagian besar para pengunjung, selain masyarakat umum daripada semua lapisan masyarakat.

    Badal C Majumdar yang berusia enam puluh tahun, seorang artis seni yang berasal dari bandar besar India, begitu aktif melukis bangunan warisan lama dan telah mencari peluang untuk bertemu para penggemar seni dan bertemu dengan orang ramai dariapda generasinya untuk sama-sama mengenali bangunan itu yang telah sekian lama dirobohkan.

    “Kebanyakan pengunjung terdiri daripada semua peringkat umur bermula kanak-kanak hingga warga emas datang menyaksikan karnival seni besar-besaran ini. Kebanyakan warga emas cuba mengingati kenangan mereka melalui lakaran bangunan dan struktur warisan yang telah saya lukis,” tambah Majumdar lagi kepada media.

    Kepelbagaian latar belakang

    Krishna Prakash yang berusia 33 tahun, pakar dalam bentuk kesenian suku Saura dari Orissa, telah melawat kawasan itu dari kampung halamannya di Bhubaneswar setiap tahun untuk menyaksikan karnival itu.

    “Pada tahun ini, walaupun terdapat banyak pengunjung, namun hanya sedikit sahaja pengunjung berminat untuk mengambil lukisan saya. Pada tahun lepas, saya berjaya menjual lukisan saya sebanyak Rs50,000 dalam sehari, tetapi kali ini, saya hanya akan berjaya mencapai separuh daripada jumlah itu,” kata Krishna kepada wartawan media.

    Manakala seorang lagi penggiat seni, Mysore yang suka menggunakan kepelbagaian warna dalam lukisan dan menggunakan teknik melukis dengan menggunakan kayu dari

    Channapatna di daerah Ramanagara, iaitu kira-kira 70 km barat daya Bengaluru lebih menggunakan inspirasi alam dan karikatur tokoh politik turut mempamerkan dan menjual karya-karya seninya itu kepada orang ramai.

    Kebanyakan karya seni dijual dengan harga serendah Rs100. “Tidak ada bandar lain selain Bengaluru mempunyai karnival awam ini di mana semua peserta ikut serta dan mengambil bahagian.

    Kualiti karya seni berkualiti tinggi dan pada harga yang sangat berpatutan,” kata Rashmi V, seorang profesional pemasaran di bandar raya, yang telah menyaksikan karnival itu selama lima tahun yang lalu.

    Pembuat lakaran secara langsung paling terkenal dalam kalangan pelawat karnival terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, kerana banyak anak muda menunggu giliran mereka untuk melukis wajah-wajah mereka. Karnival sepanjang hari itu telah diumumkan oleh saintis terkenal, Ratna C.N.R.Rao dan turut dihadiri oleh ketua bandar, Mayor R.Sampath Raj dan ramai lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda