Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karnival burung dan kupu-kupu tarikan baharu di Kadamaian

    KOTA BELUD, 29 Mac – Penganjuran karnival burung dan kupu-kupu setiap tahun menjadi salah satu tarikan baharu pelancongan luar bandar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

    Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick berkata aktiviti pemerhatian burung, kupu-kupu dan serangga mempunyai kumpulan peminat tersendiri dalam kalangan pelancong, saintis serta ahli akademik yang boleh dikembangkan sebagai pendapatan tambahan pengusaha ekopelancongan di luar bandar.

    “Saya amat menghargai usaha Kelab Rotary Kota Kinabalu dan Yayasan Kelab-kelab Rotary Malaysia kerana memilih Kampung Kiau, Kadamaian sebagai destinasi penganjuran Karnival Burung dan Kupu-kupu sejak tahun lepas.

    Saya difahamkan ramai pelancong berkunjung ke kampung ini dan kampung sekitar Taman Kinabalu semata-mata mahu melihat sendiri pelbagai spesies burung dan kupu-kupu di kawasan ini selepas karnival seumpama ini dimulakan pada tahun lepas,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Burung dan Kupu-kupu peringkat negeri anjuran Kelab Rotary Kota Kinabalu, Taman-taman Sabah, Kiau Bird Watching Team dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau, di sekolah itu, dekat sini, hari ini.

    Ewon yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri  Kadamaian berkata pengusaha inap desa, pemandu pelancong dan penyedia perkhidmatan seperti gerai makanan mendapat manfaat pendapatan daripada cabang pelancongan seperti ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda