Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karnival Cinta Rasul labuh tirai

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan – Karnival Cinta Rasul yang berlangsung selama empat hari di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas melabuhkan tirai hari ini dengan majlis penyampaian hadiah bagi beberapa pertandingan yang diadakan sepanjang ia berlangsung.

    Bagi Peraduan Tulisan Jawi, pemenang ialah Dayang Airra Watrisyah bte Jasmi, tempat kedua Awang mohammad Darwish Ar-Rizqiyyan dan ketiga Dayang ‘Aliyah Nur Fathiah binti Abdullah Hasazaman yang masing-masing menerima hadiah wang tunai.

    Manakala bagi Peraduan Teka Nama Surah pula dimenangi oleh Awang Julazni bin Haji Zaini yang mendapat hadiah telefon pintar iPhone, manakala bagi pemenang Hijahiyyah: Bina Perkataan pula dimenangi oleh Dayang Hanan yang memenangi hadiah wang tunai.

    Turut menerima hadiah ialah pemenang Pertandingan Irama Dakwah yang dimenangi oleh Kumpulan Qaisaratuzzahra dan pemenang Peraduan Membaca Tiga Selawat yang dimenangi oleh Dayang Halimatus Rabeatul Saiedah binti Huzaimi, tempat kedua Awang Abdul Hadi Muaiyyad bin Haji Azrol dan Dayang Nurunnajwa Salsabeela binti Haji Mohd Khairul Azmy.

    Antara pertandingan bagi kanak-kanak di karnival itu.
    Antara pertandingan bagi kanak-kanak di karnival itu.

    Juga menerima hadiah ialah Pemenang Pertandingan Surah Al-Mulk iaitu Awang Muhammad Nurhidayatullah Al-Mu’min bin Awang Rosman, Dayangku Widan Aiman binti Pengiran Haji Mohammad Hasimuddin dan Hajah Syafiqah Arfini binti Haji Mohd Ariffen.

    Manakala Pertandingan Dikir Daiba’ie dimenangi oleh Kumpulan Al Falaah diikuti Kumpulan Firqah Khairal Khalil dan Kumpulan Nurul Muzayyan.

    Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengurus Projek Kecil Battle Pro Marketing and Management Services (MMS), Awang Mohamad Syukri bin Jamil dan juga Pengasas MMS Battle Pro, Haji Syed Mohd Yassin bin Haji Syed Anayatullah Syah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda