Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Pelbagai produk baharu DST dan produk usahawan lainnya antara menjadi tumpuan orang ramai semasa Karnival DST 2020 yang dilancarkan hari ini di Dewan BRIDEX 2, Jerudong.
Berucap selepas melancarkan acara tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Radin Sufri bin Radin Basiuni menyatakan bahawa acara itu menekankan mengenai sokongan berterusan DST dan sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggannya.
Karnival DST tahun ini dimeriahkan lagi dengan pameran produk dan perkhidmatan eksklusif dan menarik seperti promosi terbaharu, pek kontrak baharu yang terdapat di DST Pavilion untuk para pengunjung.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkhidmatan prabayar dan Easi, di mana pengunjung boleh membeli pek SIM, dengan minimum $20 kad caj untuk pengaktifan pertama; kepada perkhidmatan pasca bayar baharu yang dijenamakan semula iaitu MOBI, di mana pelanggan baharu MOBI30 atau MOBI50 akan berpeluang mendapatkan telefon Samsung atau Oppo percuma serta perkhidmatan yang baru diperkenalkan, iaitu INFINITY, di mana pengunjung berpeluang mendapatkannya dengan percuma dengan hanya mendaftar langganan minimum 2MOBI 30 dan 2MOBI 50 dan banyak lagi.
Selain itu, acara tersebut juga turut diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan permainan video E-Sport Series anjuran DST yang disertai lebih 100 peserta dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik keseluruhannya bernilai $15,000. Para pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi semasa cabutan bertuah yang diadakan selama tiga hari dan cabutan utama sebagai mengakhiri acara berkenaan itu nanti.
Majlis itu juga turut diselajurkan dengan acara penyampaian hadiah utama Samsung Extravaganza oleh Radin Sufri kepada lima pemenang bertuah.
Kempen cabutan bertuah Samsung Extravaganza berkenaan adalah untuk pelanggan yang telah mendaftar Prima Samsung Contract Plan dan membeli mana-mana series samsung melalui DSTIncomm dengan menawarkan hadiah tiket penerbangan ke Brisbane untuk dua orang dengan wang tunai sebanyak $1,000, Samsung Note Series dan Samsung Galaxy S Series. Muncul di tempat pertama ialah Dato Paduka Abdul Razak bin Haji Muhammad selaku pemenang utama dan berjaya membawa pulang tiket pergi balik untuk dua orang ke Brisbane, Australia dan wang tunai $1,000.
Sementara Lorenzo Mateo Santos dan Awang Mohd Zulkifli, Afizah Sim, masing-masing berjaya membawa pulang Samsung Galaxy Note 10 256GB, Samsung Galaxy S9 9128GB, Samsung Galaxy S9 64GB dan Samsung Galaxy A9.
Selain itu, sepanjang hujung minggu itu nanti, para pengunjung akan dapat menyaksikan beberapa persembahan oleh artis-artis tempatan seperti Kip Hafizuddin, Ezah Hashim dan FN Duo. Tidak hanya itu, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan komedi daripada Bruhaha; Najib, Tibby, Aiman dan Loh.

