Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karnival Grand SMSIS meriah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Ibu bapa dan penjaga pelajar Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana (SMSIS), tidak melepaskan peluang berkunjung ke Karnival Grand SMSIS yang diadakan di kawasan sekolah berkenaan, hari ini.

    Pengerusi Karnival SMSIS, Arif berkata, karnival antara lain bertujuan untuk berkongsi bakat-bakat pelajar dan mempamerkan apa yang telah mereka pelajari sepanjang tahun dalam Expressive Art and Design(EAD) dan aktiviti kokurikulum.

    Di karnival itu, tambah beliau, para pelajar dan ibu bapa serta penjaga mereka berpeluang melihat lebih dekat aktiviti dan menyaksikan persembahan anak-anak dalam aktiviti yang mereka sertai seperti persembahan muzik, mari bercerita, teater dan banyak lagi.

    Selain itu, pengunjung turut dimeriahkan dengan persembahan daripada pelajar-pelajar sekolah berkenaan. Perusahaan-perusahaan kecil juga dijemput untuk memeriahkan lagi acara yang berlangsung sehingga pukul 8:30 malam.

    Pelajar-pelajar SMSIS melakukan persembahan semasa karnival berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara vendor yang menjual pelbagai barang mainan semasa karnival berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda