Friday, October 18, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karnival Keluarga IBTE beri peluang pelajar berniaga

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Seramai 48 vendor dari pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, permainan dan aksesori mengambil bahagian dalam Karnival Keluarga IBTE BC yang dianjurkan oleh IBTE Business Campus yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini hingga esok, 19 Oktober.

    Sehubungan itu, Majlis Pelancaran Karnival Keluarga IBTE BC telah dirasmikan oleh Pemangku Pengetua Sentral, Awang Armi Durani bin Haji Durhman yang berlangsung di IBTE Business Campus, Gadong, hari ini.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Awang Armi Durani menyatakan bahawa karnival berkenaan merupakan inisiatif yang diterajui oleh tenaga pengajar dan kakitangan modul Projek Perniagaan yang menawarkan pembelajaran di luar bilik darjah kepada para pelajar melalui pengalaman perniagaan sebenar apabila mereka membangunkan dan menjalankan perniagaan mereka sendiri dengan kemahiran yang dipelajari.

    Karnival Keluarga IBTE BC, jelasnya lagi, memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengubah idea perniagaan mereka menjadi nyata di mana ia dapat menjadi platform bagi mereka untuk mengetengahkan semangat keusahawanan, kreativiti serta usaha keras mereka.

    Beliau menambah, “ Daripada perancangan perniagaan dan pemasaran hingga ke jangkauan media sosial, setiap langkah merupakan peluang yang berharga untuk belajar, menyesuaikan diri dan tumbuh.”

    Awang Armi Durani menyampaikan ucapan.

    Karnival berkenaan diadakan di IBTE Business Campus di Gadong dan dibuka kepada orang ramai bermula pukul 8:30 pagi hingga 5:00 petang selama dua hari.

    Gambar ramai Awang Armi Durani beserta pensyarah dan para pelajar.
    Atas & Bawah: Awang Armi Durani melawat karnival berkenaan

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda