Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karnival PPB meriah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Sebanyak 42 vendor telah menyertai Karnival Pusat Pembangunan Belia (PPB) yang mengetengahkan vendor terdiri daripada kalangan pelatih PPB dan juga vendor di bawah kendalian YDC Lights On.

    Karnival PPB yang mengetengahkan vendor dari luar dan dalam negeri itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, antaranya ialah cabaran roti canai, Masterchef Challenge, PPB Idol, pertunjukan silap mata dari IMistakenBn selain aktiviti keagamaan dari Happy Harun.

    Pelancaran karnival PPB yang berlangsung sehingga 1 Disember itu dirasmikan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud. Penolong Pengarah PPB, Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh dalam ucapannya menjelaskan, Masterchef Challenge ini akan melibatkan empat peserta terdiri daripada pelatih PPB, IBTE dan Kolej Perdagangan Laksamana.

    Selain Masterchef Challenge ini, beberapa inisiatif baharu dilaksanakan bagi mendukung kerja kebajikan melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim yang berupa tiket menyaksikan persembahan yang dianjurkan oleh Eye Mistake BN dan sumbangan sebanyak lima peratus daripada keuntungan semua pelatih PPB yang terlibat dalam vendor kepada Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan.

    Karnival kali ini telah dinaiktaraf dengan membabitkan beberapa rakan penganjur yang terdiri daripada pelatih PPB iaitu pelatih YDC Lights On Event Organizer dan ITC Event Manangement PPB.

    Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk datang berkunjung ke karnival itu yang bermula pagi hingga malam pada 1 Disember, manakala pada 30 November, karnival dibuka dari pagi hingga petang.

    Pengiran Mohammad Amirrizal menyaksikan vendor yang terlibat dalam Karnival PPB.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda