Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karnival ‘Sung Dai Le Ga’ buka tirai

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 30 Sept – Sebagai matlamat untuk memberigakan Kampung Bukit Beruang dalam kalangan masyarakat di negara ini dan sekali gus menggabungkan para pengusaha tempatan di bawah satu bumbung, Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang, Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Pelancaran Karnival ‘Sung Dai Le Ga’ Bukit Beruang 2018 bertempat di Taman Rekreasi Perumahan Negara Bukit Beruang, Daerah Tutong pagi tadi.

    Hadir pada majlis tersebut ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Umarali bin Esung dan Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyempurnakan majlis pelancaran karnival itu ialah Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Salminan bin Haji Burut dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang bagi Larian Bukit Beruang dan Mountain Bike Fun Race Bukit Beruang Trail.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) di KHEDN, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan dan Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain.

    Majlis pada pagi itu dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan perasmian karnival oleh tetamu kehormat. Manakala majlis juga diserikan dengan persembahan khas seni mempertahankan diri iaitu pencak silat daripada Perguruan Silat Seni Gayong Kiceh Brunei Darussalam cawangan Daerah Tutong dan diteruskan pula dengan perlawanan tarik kalat bagi Kategori Kanak-kanak.

    Selain itu, karnival juga memuatkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan gubahan bunga, peraduan memasak dan sebagainya. Hampir 50 pengusaha tempatan yang terdiri daripada warga emas dan para belia hadir memeriahkan acara tersebut.

    Awang Salminan semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Karnival Sung Dai Le Ga Bukit Beruang 2018 di Taman Rekreasi Perumahan Negara Bukit Beruang, Daerah Tutong.
    Gambar ramai antara para pemenang, tetamu kehormat majlis, ahli-ahli jawatankuasa karnival dan para jemputan khas.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda